❀◕ ‿ ◕❀ Selamat Datang Ke Nutrisi Sihat & Cantik ❤ Saya Catherine ❤ Shaklee Independent Distributor ID:944001 ❤ Jika anda inginkan konsultansi berkenaan masalah kesihatan anda, sila hubungi saya ❤ Nak tanya apa2 pun boleh. Saya akan membantu anda sebaiknya ❀◕ ‿ ◕❀

Tuesday 9 August 2016

Jenis Kesilapan Yang Sering Dibuat Ibu Lepas Bersalin. Jangan Lakukan!



Ada banyak perkara yang belum diketahui dengan mahir tentang urusan penjagaan anak. AKibatnya, secara tidak sengaja ada ibu yang melakukan kesilapan yang seharusnya tidak dilakukan.

Sememangnya perubahan status menjadi ibu bukan proses yang mudah. Kebanyakan ibu baru akan mengalami sedikit depresi selepas melahirkan anak. Namun ia bergantung kepada ibu sendiri bagaimana mengendalikan perubahan emosi tersebut.

Banyak hal yang masih belum lengkap dipelajari sebagai ibu dalam soal menguruskan si kecil sehingga kadangkala tanpa sengaja membuat kesilapan yang merugikan ibu dan bayi sendiri. Apakah dia kesilapan tersebut?

1. Ibu Tak Cukup Tidur

Ini masalah normal berlaku kepada ramai ibu yang baru mendapat bayi. Sebulan pertama kelahiran bayi adakalanya dianggap masa paling mencabar bagi kebanyakan pasangan.

Tak cukup tidur kerana menjaga si kecil bukan alasan untuk ibu sampai tidak tidur langsung. Jangan abaikan kesihatan anda! Bayi memang insan yang sangat memerlukan perhatian ibu tetapi ibu juga mesti menjaga kesihatan diri.

Oleh itu sentiasa bekerjasama dengan suami untuk melakukan sistem giliran menjaga si manja.  Pada waktu malam, berbahagilah tugas untuk menguruskan si manja ketika dia bangun menangis dan meragam. Jangan hanya ibu sahaja yang menguruskan segalanya berseorangan.

Ibu juga perlu 'bijak' curi masa untuk melelapkan mata seketika dan berehat pada waktu siang terutama semasa si kecil sedang lena tidur.

2. Tiada Waktu

Sebelum bayi lahir, tentu anda tidak terbayang situasnya kan? Sudah tentu anda berfikir masih boleh ada banyak waktu untuk membuat urusan sendiri ketika si kecil tidur. Hakikatnya sama sekali tidak seperti yang dibayangkan.

Kalau sebelum ini mungkin anda cuba menafikan apa yang diceritakan oleh kawan-kawan yang sudah berpengalaman, maka selepas melalui pengalaman sendiri barulah anda bersetuju. Maka sebaiknya jangan merancang perkara yang anda belum tahu situasi sebenarnya kerana ia boleh membuatkan anda bertambah bingung dan keliru.

Lalui sendiri pengalaman bergelar ibu, kemudian anda akan tahu cara sendiri mencari waktu untuk melakukan urusan peribadi di antara waktu tidur dan bermain si manja.

3. Beli Semua Barang

Ia sememangnya normal bagi pasangan yang baru bergelar ibu bapa untuk memborong semua barangan kelengkapan bayi mereka. Tetapi jangan sampai terlalu obses sehingga anda membeli barangan yang tidak perlu dan akhirnya hanya merugikan kewangan anda sedangkan barangan tersebut akhirnya tidak digunakan.

Untuk mengetahui apa yang perlu menjadi keutamaan ketika membeli barangan bayi, lakukan kaji selidik dengan bertanyakan dengan ibu bapa, saudara mara dan kawan-kawan yang sudah mempunyai anak dan juga blog dan facebook.

Kawal keinginan anda untuk membeli banyak pakaian dan aksesori ketika anak anda masih kecil kerana pertumbuhan mereka sangat cepat dan ia boleh membuatkan banyak koleksi pakaian tersebut tidak sempat dipakai dalam waktu yang lama.

4. Percaya Semua Yang DiBeritahu

Walaupun anda belum berpengalaman mempunyai anak tetapi tidak semestinya percaya apa juga yang diberitahu oleh orang lain tentang hal penjagaan anak. Tidak semua nasihat daripada mereka yang sudah ada pengalaman sesuai untuk digunakan kepada anak anda.

Tidak salah mendengar pendapat dan nasihat orang lain tetapi sebagai ibu bapa anda sendiri lebih memahami dan mengenali anak sendiri. Sudah tentu anda mahu yang terbaik untuk si manja kan?

5. Terlalu Risau

Anda risau bila bayi asyik menangis, bayi tidak tidur dan juga tidak buang air besar setiap hari. Apapun yang dilakukan oleh bayi anda anggap sebagai tidak normal, dan terus rasa risau.

Padahal, ia adalah perkara normal kerana bayi baru lahir masih dalam proses menyesuaikan diri dengan persekitaran dan perubahan dirinya. Sekiranya anda rasa ada yang pelik tentang bayi, bertenangnya, perhatikan gejalanya dengan lebih teliti dan bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut bagi membuktikan kerisauan anda betul.

Tetapi sebaiknya, jika ia hal normal tumbesaran bayi baru lahir, janganlah terlalu risau sangat.

6. Mengabaikan Pasangan

Akibat terlalu fokus menguruskan bayi baru lahir membuatkan sesetengah isteri mengabaikan suaminya. Ia sama sekali tidak bagus untuk  keharmonian rumahtangga. Alasan suami boleh menguruskan dirinya sendiri tidak boleh digunakan.

Anda perlu faham, bahawa menjaga hubungan dengan suami sangat penting! Fahami hati suami kerana dia juga tetap memerlukan perhatian. Jangan sampai suami mencemburui bayi kerana perhatian isteri yang terlalu fokus kepada bayi. Sebaiknya usahakan untuk meluangkan masa berduaan dengan suami. Jangan lupa untuk tetap melakukan hubungan intim agar kemesraan anda berdua tetap terjaga.

Menimang cahaya mata memang saat yang paling indah dalam hidup pasangan suami isteri. Namun kerjasama dan tolak ansur dalam menghadapi pengalaman baru sangat perlu.

Kredit: Pa&Ma

Thursday 10 December 2015

5 Cara Basuh Botol Susu yang Betul

http://mynutrisisihatcantik.blogspot.com/2015/12/5-cara-basuh-botol-susu-yang-betul.html

Tak kira sama ada ibu bagi anak minum susu formula atau susu ibu, penggunaan botol susu memang tak boleh dielakkan. Bila sudah menggunakan botol susu pastilah ia perlu dicuci dengan betul.
Tahukah ibu semua, kalau botol susu tidak dicuci betul ia boleh membiakkan bakteria yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti sakit perut atau gastroenteritis. Ia sejenis penyakit yang boleh mengancam nyawa anak anda. Jangan main-main ya!

Thursday 15 October 2015

Perisai Tubuh Melawan Penyakit ‍‌‌

Lamanya tak update blog.. Bersarang dah.. Hehe.. Ok.. Hari ni saya nak sentuh pasal PANADOL.. Mesti asal sakit korang cari panandol kan.. Family saya sendiri pun cari panadol kalau sakit. Tapi saya tak suka panadol. Sebab bagi saya panadol tak dah kesan kat badan. Makan panadol masih juga sakit macam sakit kepala, demam, selesma..

Monday 13 July 2015

Imunisasi untuk bayi.. Baby Ellie dah 3 bulan!

Hari ni appointment baby Ellie dgn nurse di Klinik Ibu dan Anak.. Ellie dah berusia 3 bulan so kena cucuk jarum lagi lah.. Kesian baby Ellie tiap bulan kena cucuk jarum.. Tapi demi kesihatan jamgka masa panjang, imunisasi ni perlu diambil..

Imunisasi adalah satu proses memberi vaksin kepada bayi yang baru lahir bertujuan untuk mencegah penyakit. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan.

Saturday 7 February 2015

Set Kencing Manis Untuk Ibu Hamil

Haah.. Mesti korang risau kan siapa-siapa yang kena kencing manis semasa hamil.. Saya sendiri pun kena.. First time mengandung, kena pula kencing manis ni.. Padahal dalam family tak pun yang ada kencing manis.. Mesti hairan kan..

Ok, nak jadikan cerita, sehari sebelum buat test air gula tu doktor ada suruh puasa dari jam10 mlm sampai esok pagi.. Memang ada puasa lah kunun.. Tapi 2 hari sebelum tu, ada kah patut saya bantai satu sisir pisang dan minum susu annum 2-3 gelas sehari.. Hahaha.. Lucu kan.. Tapi sebenarnya tak pasti pun 2 benda ni yang jadi penyebab.. Tapi lepas jumpa doktor dan hasil pencarian kat google, annum ni memang tak digalakkan bagi mereka yang ada kencing manis.. Huhuhu.. Kalau nak minum pun, kadang-kadang ja kan.. Kawan cakap kat saya lah.. Pastu pasal pisang pula, cukup lah sebiji sehari.. Sebab pisang pun dalam kategori makanan yang tinggi Glisemik Indeks yang mana perlu dielakkan ok.. hehe..

Sini saya senaraikan contoh-contoh makanan yang patut dielakkan oleh ibu hamil yang ada kencing manis ni..