❀◕ ‿ ◕❀ Selamat Datang Ke Nutrisi Sihat & Cantik ❤ Saya Catherine ❤ Shaklee Independent Distributor ID:944001 ❤ Jika anda inginkan konsultansi berkenaan masalah kesihatan anda, sila hubungi saya ❤ Nak tanya apa2 pun boleh. Saya akan membantu anda sebaiknya ❀◕ ‿ ◕❀

Monday 25 November 2013

ANEMIA SEMASA HAMIL

Hari ni saya terpanggil untuk berkongsi tentang masalah Anemia semasa hamil ataupun kita selalu sebut "low Hb" ataupun kurang darah. Hari ni ada 2 orang customer bertanya tentang masalah anemia ini. Ya, memang "keadaan" ni agak biasa terjadi kepada ibu-ibu mengandung di luar sana dan ianya sungguh berbahaya...

Apakah Anemia ni?
 Anemia ni satu keadaan dimana berlaku kekurangan darah merah atau hemoglobin (Hb) yang sering kali terjadi ke atas ibu hamil. Kenapa anemia ni terjadi? Anemia ni terjadi sebab ibu hamil kekurangan zat besi. Zat besi pula sangat penting dalam pembentukan hemoglobin.


Anemia semasa hamil

Mengapa Hemoglabin penting semasa hamil?

# Fasa Kehamilan Kurang 20 Minggu
Normal Hb penting dalam pembentukan ORGAN bayi. Semasa fasa kehamilan kurang dari 20 minggu, bayi akan mengalami fasa pembentukan organ seperti jantung, kepala, kaki, otak dan lain-lain organ. JIKA, kepekatan Hb rendah, iaitu dibawah 11g/dl, maka, risiko-risiko ini kemungkinan terjadi kepada ibu, iaitu:-

1. Jantung tidak terbentuk dengan sempurna dan denyutan tidak normal
2. Tangan dan kaki tidak lengkap
3. Pembentukan otak bayi terganggu

Kesannya, bayi boleh gugur dari kandungan atau bayi mengalami kecacatan. Thats why fasa ini sangaaaattt penting untuk mempunyai kepekatan hemoglobin yang mencukupi.

#Fasa Kehamilan 20 - 28 Minggu
Pada fasa ini, organ bayi telah semakin sempurna, namun, jika kepekatan darah sangat rendah, ia akan mengakibatkan jantung bayi bekerja lebih kuat dan ahkirnya boleh menyebabkan kematian bayi di dalam kandungan. Nauzubillah...

#Fasa Kehamilan 28 - 40 Minggu
Sifat bayi pada fasa ini telah sempurna namun masih lagi bergantung kepada kepekatan darah merah. Jika Hb masih rendah iaitu dibawah 9g/dl. Keadaan ini juga boleh menyebabkan jantung bayi bekerja keras dan jika bayi masih bertahan, kemungkinan besar bayi yang dilahirkan kurang berat badan, atau lebih teruk boleh mengakibatkan jantung terhenti dan menyebabkan kematian bayi

Bagaikan mimpi ngeri bukan?

So, bagaimana hendak meningkatkan bacaan Hb? 
1. Makan makanan tinggi zat besi seperti jagung, daging lembu, telur, badam, kentang, susu tenusu, yogurt, kacang tanah dan kacang hijau.
2. Makan makanan laut seperti kerang-kerangan, ikan bilis atau hati ayam
3. Makan vitamin zat besi yang diberikan oleh doktor
4. Buah-buahan: kismis, plum, aprikot, blueberry dan ceri
5. Suntikan zat besi ke dalam badan (sakit woooo)
6. Tambah darah (mungkin wujud komplikasi lain sebab darah orang lain masuk ke dalam badan kita), tak mau kan?

Baiklah, dah tahu sikit-sikit tentang anemia kan? So, berapa pula bacaan NORMAL Hb untuk ibu hamil?
Jawapannya adalah, bacaan Hb normal bagi ibu hamil adalah sekitar 11g/dl - 12g/dl. 

Cara MUDAH untuk naikkan bacaan HB selain di atas..
Alternatif selain daripada cara meningkatkan bacaan Hb diatas, mommy-mommy boleh mencuba mengambil Set Mengandung Shaklee. Kenapa saya cadangkan mengambil set ini, sebab ianya telah lengkap dan yang paling penting ianya diperbuat daripada bahan semulajadi (bukan sintetik) dan selamat digunakan kerana telah diuji secara klinikal sebelum dipasarkan, dan yang paaaaling best, sebab ianya berkesan.

Apa pula Set Mengandung Shaklee ni kan...

Ok, set ini terdiri daripada vitamin-vitamin ni:-

1. Vitalea Iron Formula 
- multivitamin yang LENGKAP dengan iron formula. Ingatkan kenapa mommy-mommy mengalami anemia? sebab kekurangan zat besi (iron). Zat besi penting dalam pembentukan hemoglobin di dalam darah. So, bila amik vitamin ni, ia akan membekalkan zat besi mencukupi kepada mommy.

2. B-Complex with Folic Asid 
- asid folic sangat penting di dalam pembentukan sel darah merah dan sangat penting dalam tumbesaran normal bayi.

3. Chewable Vitamin C / SR Vitamin C
- berfungsi untuk memaksimumkan penyerapan zat besi. 

Ok lah, agak lengkap dah info yang saya berikan ni kan? so, mommies, u olls ada pilihan, mau makan vitamin or mau makan makanan yang boleh tingkatkan Hb. "

Saya dah try kedua2nya. Malahan mula2 saya memilih untuk makan makanan, buah, sayur yang boleh menaikkan Hb, namun gagal, mungkin sebab cara masakan saya or tak cukup makan, hehe... saya makan ubat yang doktor bagi juga, tapi masih gagal menaikkan Hb saya. At last, saya mencari vitamin tambahan semulajadi, dan setelah 2 minggu konsisten mengambil shaklee akhirnya bacaan saya melepasi 11g/dl. Alhamdulillah.... nasib baby tak jadi apa-apa, cuma beratnya agak kurang sedikit semasa lahir." Credit to: Aya Chalo

Ok mommies.. pilihan di tangan anda :)

***********************************************************
Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut :

Catherine | ID: 944001 | SMS/WhatsApp/WeChat: 016-8425632
Email: mynutrisisihatcantik@gmail.com
FB Page: Nutrisi Sihat & Cantik 

OR

Add friend di FB saya: Kate-Ryn Siena Peter Ginting

4 comments:

  1. Nad setiap kali mengandung mmg problem hb low. Alhamdulillah dengan pengambilan set hamil shaklee tiada lagi masalah low hb ��

    ReplyDelete
  2. Sy ambil supplement shaklee start dr 3bln prgnant..
    ESP + vitaLea + bcomplex + vitC.. Bila dah 7bln baru ambil ostematrix.. Alhamdulillah HB maintain 11++.. – Puan nur_zyla

    ReplyDelete