Pengidap Cacar Air (Chicken Pox) boleh merebakkan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada masa hadapan (umur dewasa).
Tanda dan Gejala Cacar Air (Chicken Pox):
☞ Demam dengan bintik-bintik merah pada kulit.
- Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh.
- Ruam cacar air akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan cacar air berlaku.
- Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air.
- Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping.
- Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.
☞ Tiada selera makan
☞ Sakit kepala
☞ Rasa tidak selesa, letih dan terganggu
☞ Batuk ringan, hidung berair 2 hari sebelum bintik-bintik merah timbul
Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
☞ Bayi baru lahir, yang mana ibu tidak penah mengidap cacar air atau pelalian cacar air
☞ Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap cacar air seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
☞ Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi.
☞ Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
☞ Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema)
Komplikasi akibat cacar air :
☞ Jangkitan kulit – menjadi lebam merah, bengkak dan sakit
☞ Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga
☞ Kerosakan otak akibat keradangan otak. Tanda-tanda radang otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri
☞ Radang sendi – sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
☞ Jangkitan paru-paru (pneumonia) – tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
Rawatan Cacar Air (Chicken Pox)
☞ Acyclovir atau immuno globulin.
☞ Berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti.
☞ Dapatmengurangkan keterukan dan komplikasi akibat cacar air.
☞ Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral pada peringkat awal penyakit terutamanya mereka yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV/AIDS serta rawatan steroid).
Rawatan di rumah

☞ Sapu losyen calamine
☞ Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
☞ Panadol untuk demam
Pencegahan Cacar Air (Chicken Pox)
☞ Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan.
☞ Pemberian pelalian Mengikut umur:
- Bawah umur 13 tahun - 1 dos
- Atas umur 13 tahun - 2 dos (selang masa 4 – 8 minggu antara dos 1 dengan dos 2)
☞ Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1 – 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada cacar air.
Sumber: http://melayukini.net, http://www.myhealth.gov.my, http://www.babycenter.com.my
Sumber: http://melayukini.net, http://www.myhealth.gov.my, http://www.babycenter.com.my
Anda pernah kena cacar air? Parut tak pandai hilang?
VITA-E boleh membantu anda..
Testimoni Vita E hilangkan parut chicken pox.
NEVER TRY, NEVER KNOW..
*************************************
Hubungi
saya untuk pertanyaan lebih lanjut:
Catherine
| ID: 944001 | SMS/WhatsApp/WeChat : 016-8425632
PM : www.facebook.com/messages/NutrisiSihatCantik
PM : www.facebook.com/messages/NutrisiSihatCantik
Email:
mynutrisisihatcantik@gmail.com
FB Page: Nutrisi Sihat & Cantik
OR
Add friend di FB
saya: Kate-Ryn Siena Peter Ginting
No comments:
Post a Comment