❀◕ ‿ ◕❀ Selamat Datang Ke Nutrisi Sihat & Cantik ❤ Saya Catherine ❤ Shaklee Independent Distributor ID:944001 ❤ Jika anda inginkan konsultansi berkenaan masalah kesihatan anda, sila hubungi saya ❤ Nak tanya apa2 pun boleh. Saya akan membantu anda sebaiknya ❀◕ ‿ ◕❀

Saturday 7 June 2014

Tips Atasi Masalah Rambut Gugur

Ok, saya akan berkongsi tentang tips mengatasi masalah keguguran rambut yang terbukti berkesan khas untuk pengunjung setia Blog Nutrisi Sihat & Cantik..


Tips #1: Mulakan Pengambilan Pil Multivitamin + Multimineral Yang Baik 

 

Pengambilan multivitamin dan multi mineral sangat penting bukan sahaja untuk rambut, tapi juga untuk kesihatan kita. Jika anda mengalami rambut gugur yang kritikal, anda kekurangan nutrient penting dalam tubuh anda.  

 

Pengambilan diet pemakanan yang seimbang serta pengambilan multivitamin dan multimineral boleh menampung masalah kekurangan nutrient dengan cepat, sekaligus menghalang keguguran rambut. 

 

Anda juga boleh mendapatkan VITA-LEA Shaklee dimana ia mengandungi 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan dalam badan kita. 

 

Tips #2:  Minum air yang banyak setiap hari. 

 

Air juga penting untuk cegah keguguran rambut.. Bagaimana??

Air dapat membantu membuang toksin dalam badan yang mungkin menjadi penyebab utama dalam masalah keguguran rambut.  

 

Minum sekurang-kurangnya 10 - 14 cawan air setiap hari atau pun 2-3 liter air sehari. 

 

Minum air masak atau sekurang-kurangnya air tapis yang tidak mengandungi klorin dan bendasing-bendasing yang tidak sepatutnya untuk mendapatkan rambut yang subur. 

 

Tips #3: Berhenti Minum Kafein. 

 

Saya memang tak suka minum minuman berkafein.. Nak tau kenapa?? Sebab bau yang kuat terutama nescafe.. Tercium bau ja pun dah rasa pening dan gastrik mesti datang.. 

 

Ok, sini ada sedikit info tentang kafein.. Jom baca..

 

INFO: Kafein merupakan bahan yang diuretic, yang mana ia mengakibatkan seseorang itu membuang air kecil lebih daripada air yang diminum menyebabkan dehydration berlaku. Apabila dehydration berlaku, akar rambut akan  menjadi kering dan perkara ini adalah salah satu punca utama masalah keguguran rambut berlaku.  

Anda boleh gantikan minuman kopi harian dengan pengambilan jus buah-buahan, susu, atau apa-apa minuman yang tidak berkafein untuk rambut yang lebih sihat dan bersinar. 

Tips #4: Kerapkan memotong atau "trim" kan rambut yang rosak dan hujung rambut bercabang.

Anda juga harus kerap memotong rambut yang rosak kerana ia boleh mengganggu proses pertumbuhan rambut dan dan mengakibatkan rambut menjadi rapuh. 

Tips #5: Pastikan rambut dan kepala bersih sentiasa. 

Rambut dan kepala yang bersih membantu rambut tumbuh dengan lebih cepat.  Kotoran minyak menyebabkan pori-pori tertutup dan menyebabkan rambut baru sukar untuk tumbuh.

Tips #6: Gunakan air suam untuk membasuh rambut. 

Jangan gunakan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk kerana boleh mengakibatkan rambut menjadi rapuh. 

Tips #7: Jangan kasar pada rambut yang basah. 

Jangan sikat, tarik atau kasar pada rambut selepas membasuh rambut atau ketika rambut anda sedang basah. Ini kerana akar rambut adalah lemah dan berpotensi untuk  rosak ketika basah. 

Tips #8: Katakan tidak pada rawatan rambut "chemical". 

Rawatan kimia seperti membuat Relaxing Rambut ternyata akan membuatkan rambut kerinting nampak lebih panjang dan lurus, tetapi ia juga akan serta merta melambatkan pertumbuhan rambut. 

Selain itu, elakkan menggunakan produk styling rambut yang panas seperti iron rambut, hair-dryers, dan alatan rambut yang menghasilkan haba. Ia akan merosakkan rambut. Pastikan hair-dryer anda disetkan pada suhu yang rendah.   

Tips #9: Urut kepala anda setiap hari. 

TAHUKAH ANDA mengurut kepala dapat membantu melancarkan peredaran darah di kepala dan memudahkan nutrient sampai ke akar rambut. 

CARA-CARA: Letak kedua belah tangan di atas kepala dan gerakkan jari-jari anda secara perlahan dalam arah seperti bulatan.

* Mengurut kepala dapat membuatkan kulit kepala berasa hangat dan lega - ia menunjukkan peredaran darah berlaku pada bahagian atas kepala yang akan membantu pertumbuhan rambut baru. 

Tips #10: Protein dan Asid Folic?

Anda juga boleh tingkatkan pengambilan Proetin dan Asid Folic dalam diet harian anda.

TAHUKAH ANDA??  

Protein menguatkan akar rambut dan mengawal keguguran rambut. 
Contoh makanan berprotein tinggi: Daging, ikan, telur, avocado, kekacang, dan juga supplement protein ke dalam minuman anda. Anda boleh mendapatkan ESP Soy Protein Isolate Powder sebagai supplement protein anda.

Asid Folic sangat baik untuk kesihatan dan pertumbuhan rambut.  
Contoh makanan yang tinggi kandungan asid folic: Kacang soya, sayuran hijau, lobak. B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan ASID FOLIK.

Dapatkan Set Rambut Gugur SEKARANG!!

 

* DISCLAIMER: Segala perkongsian mengenai produk dan testimoni bukanlah bertujuan untuk merawat, menyembuhkan dan menganalisa sebarang masalah kesihatan anda. Sila rujuk kepada doktor anda terlebih dahulu untuk penyakit-penyakit kritikal yang memerlukan rawatan rapi.

NEVER TRY, NEVER KNOW..

***********************************************

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Catherine | ID: 944001 | SMS/WhatsApp : 016-8425632
PM :
www.facebook.com/messages/NutrisiSihatCantik
Email: mynutrisisihatcantik@gmail.com

OR

Add friend di FB saya: Kate-Ryn Siena Peter Ginting



" Ingin menjana pendapatan 3-4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya. Hanya buat bisnes secara online, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Exclusive Billionaire Group di Facebook "

 

No comments:

Post a Comment